Kerajaan PH Perak sedia semak semula elaun sara hidup petani

Reading Time: < 1 minute

IPOH: Kerajaan PH Perak sedia menyemak semula elaun sara hidup RM300 kepada petani di negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, YB Yunus Jamhari, kerajaan menyedari kesulitan hidup yang dihadapi para petani setelah mereka tidak lagi menerima elaun berkenaan yang disalurkan kerajaan terdahulu.

“Kerajaan negeri akan menyemak semula elaun sara hidup sama ada ia diteruskan kepada para petani di Perak,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Adun -BN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat pada sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Khamis.

Kepada soalan dari wakil BN yang sama. Yunus berkata, kerajaan negeri juga bersedia bekerjasama dengan pihak NCIA serta agensi berkaitan bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi bukan sahaja di daerah Kerian malah seluruh Perak.