Kerajaan PH Perlu Tarik Pelabur Berminat Melombong Di Perak

Reading Time: 2 minutes

IPOH: Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) Perak perlu mengganda usaha untuk menarik pelabur yang berminat menjalankan kerja carigali sumber mineral dan melombong di Perak.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan KUARI Batu Emas, Dato’ Musa Haji Nordin, dengan mempunyai dasar terbuka, beliau optimis usaha kerajaan ke arah matlamat itu akan tecapai.

“Malahan dengan mempunyai lebih maklumat mengenai kawasan berpotensi mineral, perancangan kegunaan tanah negeri akan lebih ketara.

“Enakmen Mineral Negeri (Perak) yang diguna pakai ini mempunyai ciri-ciri baik yang mampu menarik pelabur. Pelaburan ini seterusnya akan memberi banyak faedah dan menambah lagi,’’ katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di pejabatnya di Ipoh pada Khamis.

Musa menyambut baik langkah dan usaha kerajaan Perak yang mula mengambil langkah terpuji untuk menggerakkan semula industri bijih besi susulan kenaikan harga USD20,000 (RM82,000) per tan bagi bahan bijih berkenaan.

Beliau turut menyokong langkah kerajaan Perak yang telah melantik tujuh tokoh di dalam Majlis Penasihat Ekonomi Perak bagi membantu menggalakkan pelaburan ke negeri ini serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Sehubungan itu beliau menyarankan kerajaan negeri memperkasakan semula kewujudan Pentadbir Tanah Negeri (PTG) selaras dengan 12 buah daerah yang sedia ada.

Katanya, kerajaan mempunyai dasar dan undang-undang sumber mineral yang baik dan berkesan. Menurut beliau, perlombongan merupakan satu pelaburan yang berisiko tinggi dan mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan pulangan.

“Ini akan lebih ketara dalam kes perlombongan endapan mineral dalam batuan keras.

“Projek pelombongan lazimnya memerlukan modal besar serta teknologi tinggi dan kebanyakan pelombongan yang mempunyai modal besar berteknologi tinggi adalah syarikat luar negara.

“Bagi menarik pelaburan yang besar ini, dasar dan perundangan yang lebih moden dan telus yang mirip kepada peraturan dan amalan antarabangsa adalah sangat penting,’’ katanya.

Musa berkata, oleh kerana itu Enakmen Mineral Negeri (Perak) 2003-SME digunapakai sekarang.

“SME ini selain bertujuan menarik pelaburan, ia juga adalah untuk mengemas pengawalan aktiviti perlombongan bagi menangan isu-isu yang berbangkit,’’ katanya.