Kes Seleweng: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif PeKA Direman Tujuh Hari

  •  
  •  
  •  
Reading Time: < 1 minute

IPOH: Mahkamah Majistret Ipoh hari ini mengeluarkan perintah reman tujuh hari terhadap seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) bagi membantu siasatan kes penyelewengan syarikat itu.

Majistret Siti Hafiza Jaafar membenarkan permohonan reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bermula hari ini hingga 9 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Suspek yang memakai baju T lokap SPRM dibawa masuk ke mahkamah pada jam 12.30 tengah hari sebelum dibawa keluar kira-kira 45 minit kemudian.

Suspek ditahan awal pagi tadi berikutan laporan dibuat Lembaga Pengarah Peka, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, kelmarin.

Laporan itu antara lain berhubung penyelewengan membabitkan tuntutan palsu oleh sebuah syarikat perunding melibatkan kerugian yang dianggarkan jutaan ringgit.