Kerajaan PH Sangsi Kesetiaan Pegawai Sokong Kerajaan Lama

Reading Time: < 1 minute

Kerajaan Pakatan Harapan sangsi dengan kesetiaan pegawai-² kerajaan yang sebelum ini turut berkempen untuk parti Barisan Nasional, iaitu kerajaan terdahulu. Kenyataan tersebut disampaikan oleh Tun Mahathir dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pagi ini yang pertama kali disertai oleh Anwar Ibrahim.

Menurut Tun lagi, kerajaan hari ini harus menentukan sama ada pegawai-² kerajaan yang dimaksudkan masih setia kepada kerajaan yang lama dan sejauh mana kerajaan baru mendapat kerjasama dalam melaksanakan keputusan dan dasar-² kerajaan yang baru yang diterajui Pakatan Harapan.

Walaupun mereka berhak untuk megundi mana-² parti, tetapi mereka sepatutnya tidak boleh memihak kepada mana-² parti dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai kerajaan untuk kerajaan semasa.