Koronavirus: Hanya 3 Kes Baru, Kesemuanya Jangkitan Dalam Negara

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini melaporkan hanya 3 kes baru koronavirus (Covid-19) di mana ketiga-tiga kes itu merupakan penularan tempatan.

Daripada 3 kes itu, 2 melibatkan bukan warga negara Malaysia manakala hanya 1 kes dari warga negara. Tiada kes melibatkan jangkitan dari mereka yang pulang dari luar negara.

Jumlah kes yang telah sembuh dan dibenarkan pulang ialah sebanyak 9. Ini menjadikan jumlah meseluruhan kes yang telah sembuh adalah 8,186 atau 95.3%.

Daripada keseluruhan kes yang masih aktif, 3 sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Namun tiada kes kematian dilaporkan hari ini. Jumlah kes maut kekal pada 121 kes sehingga kini.