Lapan Pemuda DAP Lebih Baik Diam Dari Mengeruhkan Keadaan

Reading Time: < 1 minute

Ketua Armada Bersatu Negeri Perak, Mohd Hafez Mubin Salleh menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh 8 pemuda DAP yang membidas Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq yang membuat komen berkenaan isu peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau melihat kenyataan dangkal yang dibuat oleh Pemuda DAP itu tiada fakta lebih-lebih lagi apabila ia mengaitkan tangkapan beberapa pemimpin Armada dan pemilihan parti bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Apakah pimpinan dalam DAP langsung tiada tuduhan kes yang masih dalam siasatan sekarang ini? Mengaitkan satu kenyataan dengan isu yang terpalit individu lain adalah tindakan bodoh dan kebudak-budakan. “katanya.

Katanya lagi, tiada salahnya apa yang dikatakan oleh Syed Saddiq kerana DS Anwar sendiri telah meminta ahli Pakatan Harapan tidak mendesak tarikh peralihan kuasa ditentukan.

“ini bukan pertama kali kenyataan sebegitu dikeluarkan olehnya. Tuan badan sendiri menyatakan komitmen untuk menghormati konsensus yang telah dicapai pada Januari 2018 yang lepas.
“.

“Lebih lucu apabila veteran DAP, YB Lim Kit Siang sendiri mengarahkan pemimpin dan anggota PH supaya menghentikan obsesi berkenaan isu peralihan kuasa ini. Jadi saya cadangkan kepada mereka ini supaya dengarlah nasihat bapa parti kamu ini sebelum bercita-cita menjadi pejuang politik yang membawa isu picisan yang mengundang kebencian rakyat. “

Hafez mengingatkan supaya mereka berhenti memainkan sentimen ini seolah mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.
Beliau menyatakan keyakinannya bahawa rakyat Malaysia mahukan negara yang stabil dan lebih baik dari sebelum ini.

Terdahulu, pada Selasa, Syed Saddiq membidas penyokong kuat Anwar Ibrahim kerana terus menyerang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam isu penentuan tarikh peralihan kuasa.

Hari ini, 8 Pemuda DAP mengeluarkan kenyataan membidas Syed Saddiq ekoran kenyataan beliau itu. Kelapan-lapan peemuda DAP itu berkata Syed Saddiq sepatutnya membetulkan dirinya terlebih dahulu apabila polis menyerbu penganjuran pesta dadah di sebuah kondominium yang turut melibatkan beberapa pemimpin Pemuda Bersatu baru-baru ini.