Lima Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Reading Time: < 1 minute

Foto dari Facebook Perbadanan Putrajaya

KUALA LUMPUR | Lima lagi kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat hari ini iaitu Putrahaya (203), Johan Setia Klang (208) di Selangor dan tiga kawasan di Sarawak iaitu Sri Aman (217), Samarahan (223) serta Kuching (248).

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga 9 pagi ini, Putrajaya mencatat angka 203 berbanding 199 pada pukul 7 pagi tadi.

Jumlah stesen yang merekodkan bacaan tidak sihat di seluruh negara dengan IPU melebihi 101 pula sebanyak 29 kawasan.

Di Lembah Klang kawasan yang terjejas ialah Batu Muda (106), Cheras (156), Petaling Jaya (146), Shah Alam (155), Klang (138) dan Banting (161).

Tiga kawasan di Negeri Sembilan turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Nilai (170), Seremban (137) dan Port Dickson (135).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Alor Gajah (123), Bukit Rambai (127) dan Bandaraya Melaka (138) di Melaka selain Temerloh (162), Indera Mahkota Kuantan (176) dan Balok Baru Kuantan (145) di Pahang.

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Segamat (124) dan Tangkak (153) di Johor, Kemaman (147) dan Paka (117) di Terengganu serta Tawau (134) dan Sandakan (108) di Sabah.

Lapan kawasan di Sarawak yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah ILP Miri (128), Miri (128), Samalaju (130), Bintulu (154), Mukah (129), Sibu (142), Sarikei (162) dan Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2 (103).

Sementara itu, 24 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

— Sumber dari Bernama