Menara 5G Boleh Sebabkan Kanser

Reading Time: 2 minutes

Awal tahun 2018, sebuah kajian berkaitan penggunaan telefon pintar oleh Program Toksikologi Negara AS mengumumkan penemuan dengan bukti jelas mereka bahawa radiasi telefon selular dengan kemampuan 5G menyebabkan kanser mengesahkan penyiasatan khas terbaru negara itu.

Bagaimana Penyedia Rangkaian Tanpa Wayar Buat Kita Berfikir Bahawa Telefon Selular Selamat Digunakan

Mark Hertsgaard, editor penyiasat dan pengarang tujuh buku, wartawan penyiasat yang memenangi anugerah Mark Dowie menawarkan pendedahan pertama industri tanpa wayar, kempen global manipulasi media, dan mempengaruhi pegawai kerajaan (pihak berkuasa) untuk meyakinkan orang ramai bahawa penggunaan telefon selular 5G lebih selamat daripada apa yang didakwa oleh kajian sains bebas.

Semua orang tahu syarikat tembakau berbohong mengenai rokok; syarikat minyak berbohong tentang perubahan iklim. Meskipun saintis industri tanpa wayar secara peribadi memberi amaran bahawa dekad yang lalu ada “persoalan yang serius” mengenai kaitan radiasi tanpa wayar dengan kanser dan kerosakan genetik.

Pada tahun 80-an, telefon bimbit dibenarkan masuk ke pasaran pengguna AS tanpa sebarang ujian keselamatan oleh pihak berkuasa. Tahun ini, 5G bersedia untuk dilancarkan di kebanyakan negara maju termasuk di Malaysia.

Teknologi 5G memerlukan lebih banyak menara sel dari biasa, dipasang berdekatan dengan jarak kira-kira 250 kaki antara satu dengan lain untuk memastikan kesinambungan.

Lama-kelamaan, sebuah bandar yang mempunyai kemudahan rangkaian 5G yang luas akan memiliki ratusan malah ribuan menara sel.

Dengan kelajuan internet yang lebih laju bagaimanapun ada harga yang perlu dibayar. Menara 5G mengeluarkan kadar radiasi yang tinggi. Dengan jumlah menara yang semakin bertambah, ia sesuatu yang patut dibimbangi oleh masyarakat boleh membawa masalah kesihatan yang serius kepada penduduk.

Saintis Beri Amaran Supaya Hentikan Pelancaran 5G

Pada Jun 2018, seramai 225 saintis dari 42 negara menulis surat kepada Federal Communications Commission (FCC) mendesak agensi persekutuan untuk mempertimbangkan potensi pelepasan 5G pada skala penuh di seluruh AS sebelum kajian menyeluruh dilakukan.

Kita sudah tahu dari penyelidikan di England bahawa menara ujian 5G menyebabkan sesetengah orang mengalami insomnia, pendarahan hidung, dan juga kematian kelahiran.

“Kami melihat bayi yang mati dalam rahim kerana pemancar ini terletak di luar tingkap bilik orang ramai,” kata Mark Steele, seorang penduduk Gateshead yang berusia 58 tahun di utara England di mana menara 5G telah dipasangkan.

“Ia adalah krisis kemanusiaan.”

Menurut kajian Program Toksikologi AS, yang ditugaskan oleh FDA pada tahun 1999, terdapat lebih banyak bukti kaitan antara kanser dengan telefon selular dari yang diketahui umum.

Walau bagaimanapun, FCC tidak mengambil serius tentang perkara ini. Sebaliknya, agensi persekutuan AS dilaporkan merancang untuk mengenakan peraturan baru yang secara drastik akan membatasi keupayaan penguasa tempatan untuk mengatakan tidak kepada menara 5G.

Di negara kita, malangnya keluhan tentang masalah kelajuan internet dari teknologi 3G dan 4G oleh pengguna yang jahil dan tidak mengerti tentang bahaya teknologi 5G akan menggalakkan syarikat penyedia capaian internet membina lebih banyak menara sel 5G untuk bersaing sesama mereka untuk menjana keuntungan.