Menteri Pertahanan Malaysia yang baru dilantik Mohamad Sabu bertemu Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Istana hari ini di luar Dialog Shangri-La ke-17 (SLD).
Dalam pertemuan itu, Lee mengucapkan tahniah kepada Mohamad atas pelantikannya sebagai Menteri Pertahanan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Singapura.
Kenyataan itu berkata Lee dan Mohamad mengesahkan hubungan rapat dan kerjasama luas antara Singapura dan Malaysia.
Mereka juga membincangkan meneruskan kerjasama pertahanan sedia ada antara Singapura dan Malaysia, termasuk pada platform pelbagai hala seperti Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus, Five Power Defence Arrangements (FPDA), dan Patrol Selat Melaka, untuk manfaat kedua-dua negara.
Mohamad Sabu berada di Singapura untuk SLD ke-17.
Semasa beliau di sini, Mohamad juga akan menemui Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Keselamatan Singapura, Teo Chee Hean, dan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.
Beliau juga akan bertemu dengan Menteri-Menteri Pertahanan FPDA di sebuah sarapan tidak rasmi yang dihoskan oleh Dr Ng, kata kenyataan itu.