Najib Gelar Menteri PH Yang Dianggapnya Tidak Berkualiti `Cap Ayam’

Reading Time: < 1 minute

PASIR SALAK | Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggelar beberapa menteri dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang beliau anggap tidak berkualiti dengan panggilan ‘cap ayam’.

Najib yang juga Penasihat BN dalam dalam ucapannya di hadapan ribuan rakyat yang hadir pada Himpunan Melayu Bangkit & Penyatuan Ummah 2.0 juga bertanyakan tentang kewajaran menteri PH digelar ‘cap ayam’ dan jawapan yang diberikan hadirin disahut dengan laungan setuju.

“Saya nak tanya menteri-menteri itu boleh kita harap ke tidak?

“Ada menteri masuk-masuk suruh tukar kasut putih kasut hitam, kalau saya kasut putih lagi baik sebab kita mengajar budak-budak jaga kebersihan.

“Ada menteri yang pergi International Conference di Shangri LA Singapore, cakap bahasa Inggeris, saya fikir budak-budak sekolah kebangsaan di Pasir Salak cakap bahasa Inggeris lebih baik.

“Gajah sama gajah bergaduh, rumput yang jadi mangsa,” katanya ketika berucap pada himpunan berkenaan di Dataran Dewan Besar, Pekan Rabu, Sungai Manik malam tadi.

Ribuan orang hadir yang membanjiri Dataran Dewan Besar Pekan Rabu, Sungai Manik menzahirkan sokongan kepada Himpunan Melayu Bangkit & Penyatuan Ummah 2.0 yang berakhir dengan laungan merdeka serta nyanyian lagu Negaraku.