PAS Arahkan Ahli Memilih Calon Barisan Nasional di PRK Slim

Reading Time: < 1 minute

PAS yang suatu ketika dahulu bercita-cita mahu menguburkan Barisan Nasional hari ini memberi arahan kepada ahli dan penyokongnya supaya mengundi calon BN, Mohd Zaidi Aziz pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kemenangan bergaya BN pada PRK DUN Slim amat penting dalam membuktikan rakyat mahukan kerajaan sedia ada dikekalkan.

Menurutnya, biarpun kemenangan di PRK DUN Slim tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang memerintah di Perak ini namun ia menjadi isyarat bahawa rakyat mahukan pemerintahan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun PRK, kita mengharapkan calon kita, Mohd Zaidi akan memungut undi yang terbanyak. Bagi pihak PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu PAS bertanding menjadikan tiga penjuru di DUN Slim ini. BN mendapat 8,327 undi, Bersatu 6,144 dan Pas mendapat 4,103 undi.

“Jadi saya, selaku Setiausaha Agung PAS mengarahkan dan mewajibkan kepada kesemua penyokong, pengundi ahli-ahli PAS keluar mengundi calon BN yang mewakili kita semua,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Bersama 5 Setiausaha Agung di Dewan Serbaguna Felda Trolak Utara, Sungkai, di sini, malam tadi.