PAS Dapat Perkenan Mengadap Sultan Perak

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendapat perkenan Sultan Perak untuk mengadap Baginda esok.

BERNAMA melaporkan perkara itu disahkan oleh Anggota Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini melalui aplikasi WhatsApp.

Ia akan diadakan di Istana Kinta pada pukul 11 ​​pagi Selasa.

Abdul Hadi sebelum ini telah menghantar surat ke istana pada 10 Disember untuk memohon mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk memaklumkan berkenaan perkembangan situasi politik yang melibatkan parti PAS.

Jumaat lalu, pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria memohon ampun kepada Sultan Nazrin kerana wakil PAS tidak hadir mengadap Sultan ketika beliau dan dua ADUN yang lain dipanggil pada 8 Disember.

Dua ADUN PAS yang lain ialah Mohd Akmal Kamarudin (Selama) dan Mohd Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

Semasa pentadbiran sebelumnya, Razman dan Mohd Akmal adalah exco kerajaan negeri Perak.

Bagaimanapun, tidak ada ADUN PAS yang dilantik sebagai anggota dewan eksekutif negeri semasa upacara mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 10 Disember kerana hanya melibatkan empat ADUN UMNO dan seorang dari Bersatu.