Undian Parlimen: Mahathir Tidak Bincang Dengan Anwar

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau belum berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan langkah untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pembacaan ketiga Rang Undang-Undang Belanjawan 2021 esok.

Tun Mahathir juga menegaskan bahawa sebuah kerajaan yang bergantung pada sokongan bekas perdana menteri yang didapati bersalah, Datuk Seri Najib Razak, bukanlah suatu keadaan yang boleh diterima olehnya.

“Tidak, dia tidak ada berhubung dengan saya jadi saya tidak dapat berbincang dengannya,” kata Dr Mahathir dalam sidang media bersama dengan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, pada petang Selasa, 14 Disember. Beliau merujuk kenyataan itu kepada Anwar.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga mengatakan bahawa beliau tidak perlu memberikan sokongan atau kesetiaan kepada Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, dengan mendakwa kali terakhir ia tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen Pembangkang.

“Kami tidak berada di bawahnya. Dia dinamakan Ketua Pembangkang, tetapi dia tidak mengawal kita. Kita boleh melakukan apa yang kita mahu, iaitu perkara yang berkaitan dengan Parlimen.

“Jadi saya tidak perlu memberikan sokongan atau kesetiaan kepada seorang Ketua Pembangkang,” tambahnya.

Kedua-dua pemimpin veteran Tun Mahathir dan Ku Li mengesahkan spekulasi bahawa mereka akan bergabung setelah bersaing sekian lama, mengenepikan perselisihan mereka untuk mengambil alih pemerintahan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Kedua-duanya telah menyatakan niat untuk membawa Malaysia kembali menjadi harimau Asia dengan sokongan ahli parlimen, memandangkan situasi politik semasa dengan Dr Mahathir juga berkata bahawa kerajaan Muhyiddin esok mungkin kehilangan undi yang dijadualkan akan berlangsung di Dewan Rakyat.