Reading Time: < 1 minute
IPOH | Perak akan menyaksikan perubahan kerajaan apabila gabungan UMNO-PAS-Bersatu bekerjasama.
Gabungan tiga parti itu mencukupi untuk membentuk kerajaan di mana UMNO mempunyai 25 kerusi, PAS (3) dan Bersatu (2) menjadikan jumlah 30 kerusi, menurut Pengerusi UMNO Perak, Saarani Mohamad.
Pakatan Harapan kini mempunyai 28 (DAP=18), Amanah (6), PKR (4). Sementara itu wakil rakyat Bebas Nolee Ashilin masih belum menyatakan pendirian sokongannya terhadap mana-mana parti.