Syed Saddiq Kekal Bersama Bersatu

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Anggota parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan kekal bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan akan meneruskan perjuangan melawan rasuah.

“Saya memasuki bidang politik kerana menolak korupsi, saya akan terus mendesak orang Melayu menolak pemimpin yang rasuah yang boleh mendatangkan masalah di masa hadapan,” katanya semasa majlis perpisahan sebagai Menteri Belia dan Sukan di kompleks kementerian itu di sini.

Dia mengimbas kembali gangguan dan ancaman yang diterima daripada individu dan organisasi yang korup, sehingga mengancam kenalan dan ahli keluarganya.

“Mereka malah mengancam ibu saya, seorang guru yang baru pulih dari penyakit kanser. Saya sentiasa berdiri teguh menolak rasuah, dan akan terus melakukannya dengan bercakap mengenainya.

“Dalam kehidupan kita, tanpa mengira apa kedudukan kita, kita semua berhadapan dengan peluang untuk meneruskan karier kita dengan penuh integriti. Saya harap peluang untuk berbuat demikian akan muncul untuk setiap orang, “kata Syed Saddiq.