Perak Bawa Pelancong Jepun Melihat Tinggalan Kapal Korek Bersejarah

Reading Time: < 1 minute

Seramai 16 kumpulan pelawat dari Jepun dibawa melawat tinggalan kapal korek di Tanjung Tualang, Batu Gajah pada Khamis lalu.

Kapal korek di Tanjung Tualang ini adalah satu-satunya tinggalan kapal korek bersejarah yang masih wujud hingga hari ini kini diuruskan oleh MB Inc sebagai salah satu produk pelancongan di negeri Perak.

Kumpulan pelawat dari Jepun itu tiba di negara ini sejak 22 Jun lalu atas tajaan Tourism Perak, MU Hotel, Marina Island dan Tin Dredger.

Pelawat diberi penerangan tentang sejarah kegemilangan industri bijih timah negara yang memberikan pulangan lumayan suatu masa dahulu. Negeri Perak merupakan salah satu pengeluar bijih timah terbesar di dunia pada masa lalu. Selain menggunakan kapal korek, terdapat beberapa kaedah lain pengusaha bijih timah menggali sumber asli berharga berkenaan seperti kaedah mendulang atau menggunakan pam kelikir.

Kapal korek Tanjung Tualang ini dibina pada tahun 1938 oleh WF Payne & Sons. Ia berhenti beroperasi setelah inudstri bijih mengalami kemerosotan pengeluaran pada tahun 1982.

Selain melihat warisan kapal korek, mereka dibawa melawat Marina Island, Restoran Unique Seafood, Lost World of Tambun, Kuala Sepetang, Bandar DiRaja Kuala Kangsar dan Pulau Pangkor.

Pelawat turut disajikan dengan makanan tradisional termasuk ubi rebus dengan sambal, roti jala dengan kari ayam dan kuah durian.