Perak Benam Sabah 5-0 Separuh Akhir Pertama Unifi Piala Malaysia

Reading Time: < 1 minute

Perak menewaskan Sabah 5-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Perak sebentar tadi.

Perak membuka jaringan pada minit ke-17 hasil gerakan Firdaus Saiyadi dari sebelah kanan melorongkan bola kepada Norhakim Hassan yang sedang menanti di dalam petak penalti seterusnya merembat bola ke jaring..

Wander Luiz melaui gerakan cantik yang dimulakan bersama Norhaklim Hassan berjaya menyumbat masuk gol ke-2 pada minit ke 42 menewaskan penjaga gol Sabah menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama. .Masuk separuh masa ke-2, Perak menanti sehingga ke minit 73 untuk menambah satu lagi jaringan oleh Gilmar Da Silva hasil pergelutan di dalam kawasan penalti Sabah. Selang 3 minit selepas itu, Perak menambah derita Sabah apabila hantaraan lintang oleh Nor hakim Hassan dari sebelah kiri disambut dengan tandukan cantik oleh Firdaus Saiyadi untuk gol ke-empat Perak.

Perak mendapat hadiah sepakan penalti pada minit terakhir apabila pemain Perak Nazirul Naim dijatuhkan di dalam petak penalti Sabah. Leandro menyempurnakan sepakan untuk gol ke-5 Perak sebagai penutup perlawanan.

Sabah akan melayan kunjungan Perak pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Likas pada 21 Oktober nanti. Namun satu tugas berat bagi Sabah untuk mencari 6 gol tanpa balas jika mahu layak ke perlawanan akhir. Pasukan Mehmet Durakovic pula berada dalam kedudukan yang amat selesa dan peluang untuk ke perlawanan akhir adalah cerah.