Piala Dunia FIFA 2022: Bersediakah Qatar Menjadi Hos Kejohanan Berprestij?

Reading Time: 4 minutes

Di tengah-tengah segala retorik dan promosi diri yang membawa kita semakin hampir ke pusingan akhir Piala Dunia pada akhir bulan ini, pihak penganjur telah menampilkan sekurang-kurangnya satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan.

Qatar, menurut FIFA dengan bangga di laman webnya, akan “menghasilkan Piala Dunia tidak seperti yang lain”.

Bagaimana? Untuk semua kontroversinya, kejohanan yang berprestij ini tidak akan menjadi apa-apa jika sama seperti sebelumnya.

Sebuah negara kecil sebesar negeri Kedah dengan penduduk seramai 2.8 juta yang kaya dengan minyak dan gas di Teluk Parsi akan mengalu-alukan 32 pasukan terkuat bola sepak antarabangsa dan dianggarkan seramai satu juta pelawat akan bertandang di sana. Lapan stadium baharu dan sistem kereta api bawah tanah bernilai £27 bilion (RM140 bilion) telah dibina khas untuk menampung keperluan kejohanan.

Qatar telah berubah sejak ia muncul sebagai pemenang dalam proses pembidaan Piala Dunia yang dicemari dengan rasuah pada 2010 tetapi persoalannya adakah ia benar-benar bersedia untuk menganjurkan acara pada skala ini?

Penganjur tiada keraguan. Ini adalah detik besar Qatar, tegas mereka. Peluang keemasan untuk memperkenalkan diri kepada dunia sebagai kuasa yang semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, yang lain masih ragu-ragu. Belum pernah Piala Dunia disesakkan dalam ruang yang begitu kecil dan jaminan masih dicari untuk penginapan, pengangkutan dan keselamatan yang tinggal kurang seminggu lagi.

Ini adalah Piala Dunia yang dianjurkan oleh satu bandar. Dan ia bukanlah bandar yang sangat besar.

Penganjur menumpu ke arah permainan yang diadakan di Al Wakrah, Al Rayyan dan Lusail sebagai bukti ini adalah kejohanan untuk Qatar tetapi ia cuma di pinggir bandar Doha.

Mungkin hanya Al Khor, 48km di utara Doha dan pentas untuk perlawanan pembukaan antara Qatar dan Ecuador, boleh dikatakan sebagai berasingan tetapi hanya kira-kira sejam menaiki kereta.

Hanya 70km berdiri di antara pos utara ke Al Wakrah di selatan, dengan setiap stadium berdekatan di antaranya. Empat boleh ditemui di pusat Doha.

Bandingkan dengan Piala Dunia terakhir di Rusia, di mana 3.000km memisahkan Kaliningrad dan Yekaterinburg. Atau Piala Dunia seterusnya pada 2026, apabila terdapat potensi untuk melakukan perjalanan sejauh 5,000km antara perlawanan di Vancouver dan Mexico City.

Qatar terutamanya Doha – menghadapi cabaran dan tekanan yang tidak pernah perlu dilalui oleh tuan rumah Piala Dunia.

Johannesburg, dengan penduduk dua kali ganda berbanding Qatar, mengadakan 15 perlawanan di Soccer City dan Ellis Park semasa Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, manakala kawasan Moscow yang luas menjadi lokasi untuk berbelas perlawanan di Stadium Luzhniki dan Arena Otkritie ketika Rusia mengalu-alukan dunia empat tahun lalu. Doha dan sekitarnya, sementara itu, menganjurkan semua 64 perlawanan dalam masa 29 hari.

Realiti itu membawa sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dengan kemuncaknya dijangka berlaku selama seminggu dari 24 November dan seterusnya. Beratus-ratus dan beribu-ribu orang perlu ditempatkan dan digerakkan tanpa kekecohan atau kerumitan. Selama 11 hari berturut-turut, dari 22 November hingga 2 Disember, akan ada empat perlawanan sehari.

“Sekiranya Qatar melakukannya dengan betul, Piala Dunia ini mungkin benar-benar diingati,” Dr Paul Brannagan, pensyarah kanan di Institut Sukan Universiti Metropolitan Manchester dan pengarang buku Qatar dan Piala Dunia FIFA 2022: Politik, Kontroversi, Perubahan.

“Doha agak kecil untuk peminat dapat melihat dua, dan mungkin juga tiga, perlawanan sehari. Bandingkan dengan jarak yang jauh yang dilalui peminat di Rusia, Brazil dan Afrika Selatan.”

Bagi sejuta atau lebih yang dijangka berkampung di Qatar dalam tempoh sebulan, penginapan menjadi sumber kebimbangan terbesar dan berterusan.

Doha dan persekitarannya tidak mempunyai keupayaan kekal untuk menghadapi negara yang penduduknya meningkat lebih satu pertiga selama sebulan dan penganjur tidak mempunyai banyak pilihan selain menjadi kreatif. Selain hotel dan blok pangsapuri yang baru dibina, terdapat tiga kapal persiaran yang berlabuh di Terminal Besar Doha untuk menempatkan lebih 10,000 orang.

Kemudian terdapat segelintir Kampung Fan, yang termasuk peluang untuk tinggal sama ada di khemah, kabin atau karavan. Dikatakan hampir 120,000 bilik telah disediakan melalui portal penginapan yang dikendalikan oleh Accor, gergasi hospitaliti dan rakan kongsi untuk Piala Dunia ini.

Perkara Yang Boleh dan Tidak Boleh Dibuat Di Qatar

Mazin Yahya, pengurus operasi Piala Dunia FIFA Qatar 2022, dan bekas pengurus tempat akreditasi di Piala Dunia Kelab FIFA, menyenaraikan beberapa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam senarai aktiviti.

“Jangan sekali-kali menyentuh wanita yang tiada kaitan dengan anda, ini boleh mengakibatkan anda dipenjarakan dan denda yang mahal untuk anda,” katanya kepada The Media Line.

Jangan mengambil gambar pegawai polis atau kelengkapan tentera – yang merupakan kawasan sulit, dan jangan terlibat dalam hubungan homoseksual awam, sambungnya.

Samira Boukrouh, expatriat Kanada yang bekerja di Doha berkata bahawa peminat harus mengelakkan paparan kasih sayang di tempat awam. “Berpegangan tangan di khalayak ramai boleh diterima, tetapi tidak ada yang lebih daripada itu benar-benar boleh diterima,” katanya.

Mengenai minuman beralkohol, dia berkata bahawa peminat harus ambil perhatian bahawa tidak dibenarkan membawa alkohol, yang dilarang di bawah undang-undang agama Islam, ke Qatar.

“Peminat harus mengelak dari perjalanan dengan alkohol dari negara asal mereka atau membeli produk bebas cukai untuk mengelakkan rampasan semasa tiba di Qatar,” nasihatnya.

Alkohol bukan sebahagian daripada budaya Qatar, jelas Boukrouh, dan oleh itu tidak dijual di pasar raya, tetapi ia dihidangkan di restoran berlesen dan di banyak hotel di seluruh negara.

Tetapi semasa Piala Dunia, alkohol akan tersedia di kawasan tertentu yang ditetapkan.

Peminat akan dapat membeli bir sebaik sahaja mereka berada di dalam perimeter stadium daripada beberapa kelab pantai dan kiosk terpilih di kawasan stadium, tetapi tidak di dalam stadium itu sendiri, katanya.

Peminat harus ambil perhatian bahawa minum alkohol di luar kawasan yang ditetapkan adalah dilarang dan umur sah minum di Qatar ialah 21 tahun, tambah Boukrouh.

Mahmoud berkata terdapat beberapa perkara lain yang perlu diingat.

Pelawat harus menanggalkan kasut mereka apabila memasuki masjid atau bilik tetamu Qatar, yang dikenali sebagai Majlis. Selain itu, warga Qatar menyapa orang lain yang sama jantina dengan berjabat tangan, manakala mereka memberi hormat kepada lawan jenis tanpa bersentuhan.

Qatar adalah masyarakat Islam yang konservatif, sambungnya, “jadi sama ada anda lelaki atau perempuan, lebih baik memakai pakaian sopan di khalayak ramai. Wanita tidak diperlukan untuk menutup rambut mereka di khalayak ramai, tetapi mereka perlu berbuat demikian ketika mengunjungi masjid.”

Boukrouh menegaskan bahawa peminat yang menghadiri perlawanan harus mengambil perhatian bahawa menanggalkan baju di stadium adalah tidak dibenarkan.

Mazin mencadangkan pelawat asing ke Qatar belajar cara tawar-menawar dengan pekedai. “Jangan bayar jumlah pertama yang disebut oleh jurujual. Mulakan lebih rendah daripada harga ideal anda dan naik perlahan-lahan sehingga anda mencapai persetujuan,” katanya.

Elakkan bertanya soalan peribadi, “terutamanya mengenai ahli wanita dalam keluarga seseorang, dan elakkan daripada menyatakan kekaguman terhadap harta benda mereka,” sambung Yahya.

Apabila makan di restoran, dia menambah, “anda boleh memanggil pelayan dengan menggunakan tapak tangan anda dan bukan jari telunjuk anda.”

Beliau menambah bahawa Qatar mempunyai makanan yang hebat dan, selain masakan tempatan, makanan India juga mudah diperolehi kerana ramai warga India yang tinggal di negara itu.

Boukrouh berkata adalah penting untuk diingat bahawa hari pertama dalam minggu itu ialah Ahad, hujung minggu ialah Jumaat dan Sabtu, dan hari suci ialah Jumaat, jadi bank dan perkhidmatan lain akan ditutup.

Dia membuat kesimpulan: “Bergembiralah apabila anda datang ke Qatar!. Nikmati apa yang anda mahu tonton. Semua orang dialu-alukan ke Qatar.”