Polis Tahan Lelaki Miliki Senapang Tiruan

Reading Time: < 1 minute

TAIPING | Seorang bekas kapten kapal swasta ditahan polis berikutan memiliki senapang Rifle tiruan buatan Taiwan.

Ia berikutan isteri suspek yang juga guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) cedera di lengan kiri akibat terkena tembakan daripada senapang Rifle tiruan milik suaminya, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, polis dimaklumkan kejadian itu oleh pihak hospital yang merawat mangsa.

Katanya, mangsa secara tidak sengaja terkena peluru senjata tersebut ketika suaminya sedang membersihkan senapang itu.

Susulan itu, polis menahan suami wanita itu dan merampas senjata berkenaan di kediamannya di Taman Desa Murni, Kamunting pada 1 tengah hari
semalam.

Lelaki itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 36 dan 37 Akta Senjata 1960.

– Berita RTM