Program Perlawanan Persahabatan PATC Pendedahan Untuk Pelajar Sekolah Agama

Reading Time: < 1 minute

Pemain pemain Sepaktakraw SABK Maahad Al Ummah Chemor berpeluang menyaksikan perlawanan persahabatan di antara pasukan sepaktakraw kebangsaan Malaysia dengan pasukan Perak.

Menurut SU PATC, Mohd Syamsi Ab Junid, program ini dirancang adalah sebahagian dari inisiatif PATC dalam membangunkan sukan sepaktakraw bagi Sekolah Sekolah Agama di Negeri Perak.

“Ia memberi peluang kepada para pemain Maahad Al Ummah melihat secara langsung idola Sepaktakraw Negara beraksi dan ini sedikit sebanyak akan membakar semangat pemain Maahad untuk menjadi seperti idola mereka”, katanya.

“Jemputan untuk menyaksikan perlawanan ini adalah satu penghargaan kepada kami dan seterusnya ia mengangkat Moral Sekolah sekolah Agama di Negeri Perak ini,” kata Ustaz Shazali Haji Osman selaku Pengurus Pasukan Sepaktakraw Maahad Al Ummah yang turut turut serta menyaksikan perlawanan ini.

Pasukan Sepaktakraw Negara dalam rangka persiapan terakhir sebelum menyertai Sukan Asia di Palembang Indonesia September ini menang kesemua perlawanan persahabatan ini