PUNP Zahir Komitmen Bantu Kerajaan Lahir Ramai Usahawaniaga

Reading Time: 2 minutes

IPOH | Pertubuhan Usahawaniaga Perak (PUNP) menzahirkan komitmen penuh untuk membantu kerajaan melahirkan ramai golongan usahawaniaga kecil di peringkat negeri ini.

Pengerusinya, Puan Noor Iashah Hussain berkata, pertubuhan ini yang baru diluluskan pendaftarannya pada 29 April 2019 meletak agenda utama untuk memberi bimbangan dan tunjuk ajar dalam bidang keusahawanan kepada mana-mana individu, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk peserta  berbilang kaum khasnya rakyat Perak.

“Matlamat penubuhan ini untuk melahirkan seramai mungkin usahawaniaga yang berdaya saing termasuk golongan ibu-ibu tunggal dan golongan belia yang berminat dalam bidang keusahawanan,’’ katanya semasa berucap pada Mesyuarat Kali Pertama Pertubuhan Usahawaniaga Perak di Ipoh semalam.

Noor Iashah yang juga seorang perunding pemasaran berkata,  program usahawan ini juga bertujuan membantu usahawan kecil yang tidak mengenali ertinya usahawaniaga dalam pengurusan cara-cara pengendalian perniagaan.

Katanya, dengan mempunyai asas pengalaman yang mantap dalam pengurusan perniagaan ini dapat melonjakkan kedudukan seseorang usahawan kecil kepada tahap lebih cemerlang sekaligus melebarkan perniagaan mereka ke pasaran luar.

Beliau menambah, bidang usahawan kecil kini terbuka luas kepada semua golongan kaum kerana selain dapat membantu menambah pendapatan keluarga mereka dan menjana ekonomi negeri.

Katanya, ini selaras dengan seruan kerajaan baharu hari ini yang menzahirkan kesungguhan untuk membantu golongan usahawan kecil melalui agensi-agensi yang terbabit.

Sementara itu Penasihat yang juga Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial PUNP, Sahul Hamid Rowther Mohd Bawa menyifatkan penubuhan PUNP itu sebagai langkah terbaik dalam memperkasakan usahawan kecil di negeri Perak.

Beliau yakin matlamat murni ini dapat direalisasikan dengan adanya jalinan kerjasama mantap di antara PUNP dengan agensi-agensi dan jabatan berkaitan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak.

“Kita penuh yakin menerusi program ini PUNP dapat membantu kerajaan negeri di bawah pentadbiran YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dalam melahirkan seramai mungkin usahawaniaga di negeri ini,’’ ujarnya.

Kepada mereka khasnya rakyat Perak yang berminat untuk menyertai program kendalian PUNP boleh menghubungi Pengerusi PUNP, Puan Noor Iashah Hussain di alamat Pertubuhan Usahawaniaga Perak, No15. Jalan Lapangan Raya 1, Taman Lapangan Raya (Botani), 31360 Ipoh, di talian 0175621265 dan Setiausaha Puan Fathiyah Ahmad 0195545922.                  

Berikut adalah barisan panel yang telah diputuskan pada mesyuarat Pertama PUNP.

Pengerusi:Puan Noor Iashah binti Husain (0175621265).

Timbalan:Puan Maziah binti Salim (0175797944).

Setiausaha: Puan Fathiyah binti Ahmad (0195549522).

Penolong Setiausaha: Puan Rohaya binti Mohd Yusof.

Bendahari:Encik Mohd Hamid Daud (01121031693).

AJK:

Encik Zainal Abidin Haron (0165769668)

Puan Fazila binti Mat Yusof (0134444286)

Puan Zuhailini binti Zakaria (01120979677)

Encik Zuraidi Daud (0175415609)

Puan Norhuda binti Abdul Razak (o175369624)

Puan Shahnoor Zahurin binti Haji Mohd Haslam Myudin (0196619883)

EncikAmin Haji Ahmad (01133485332)

Encik Zulkifle Daud

Puan Lamah Hussien (0165641962)

Puan Rozita binti Mohd Shapiah (0175046298)

Puan Zarina binti Arffin (0189551225)

Penasihat terhormat:

Encik Sahul Hamid Rowther Mohamed Bawa merangkap Biro Kebajikan

Encik Zainal Abidin Haron merangkap Biro Ekonomi

Encik Zulkefli Daud

Biro Agama:

Encik Mohd Firdaus Shahrudin (01120962103)

Biro Latihan Kemahiran:

Encik Mohd Zuraidi Daud (0175415609)