Scanda Sky Hentikan Khidmat Sewaan Penerbangan Ipoh – Guangzhou

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Syarikat penerbangan charter, Skanda Sky yang baru sebulan beroperasi menghentikan perkhidmatannya setelah perjanjian dengan Malaysia Airlines Bhd dibatalkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri Perak, YB Tan Kar Hing berkata perkhidmatan Scanda Sky dihentikan secara rasmi pada 18hb Dis selepas kedua-dua syarikat itu tidak dapat mencapai persetujuan mengenai hal-hal tertentu.

“Terdapat beberapa faktor termasuk pandangan komersil dan teknikal, perkhidmatan itu dikatakan dapat menampung 120 penumpang tetapi hanya terhad kepada 50 orang,” katanya kepada wartawan dalam satu sidang media yang diadakan di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Penerbangan charter pertama Scanda Sky dari Ipoh ke Guangzhou berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada 27 Nov lalu.

Suruhanjaya Penerbangab Malaysia (MAVCOM) mengeluarkan surat amaran kepada syarikat itu supaya mengehntikan amalan pemasaran yang cuba menggambarkan dirinya sebagai sebuah syarikat penerbangan.

Menurut Tan, Skanda Sky sedang dalam proses mencari rakan kongsi baru bagi meneruskan perkhidmatan penerbangan charter Ipoh – Guangzhou.