Titik Hitam Dalam Sejarah Demokrasi Malaysia – Tok Mat

Reading Time: < 1 minute

Peristiwa hari ini adalah titik hitam dalam sejarah demokrasi berparlimen di negara ini, ciap Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Haji Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat.

Beliau membuat ciapan di Twitter beliau hari ini setelah pihak Istana Negara mengeluarkan kenyataan menzahirkan rasa amat dukacita Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke atas tindakan kerajaan membelakangi institusi DiRaja membatalkan ordinan-ordinan darurat.

“Mereka tidak melaksanakan titah Baginda agar cadangan pembatalan semua ordinan darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen.

“Tindakan Kerajaan dalam perkara ini adalah tidak berparlimen, tidak berpelembagaan dan telah meletakkan kedudukan mulia institusi raja pada kedudukan yang tidak sewajarnya.

Tok Mat menambah, mereka yang berkaitan mesti mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan segera kerana institusi parlimen telah tercemar dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.