Vinda SEA Buka Hub Serantau Baru di Selangor

Reading Time: 2 minutes

Bukit Raja – Vinda South East Asia (Vinda SEA), unit Vinda International Holdings Ltd yang tersenarai di Hong Kong, secara rasmi membuka Hab Serantau Vinda SEA yang baharu hari ini terletak in Bandar Bukit Raja, Bandar Perindustrian Selangor.

Dengan pelaburan RM700.5 juta, kemudahan mega tercanggih baharu itu terletak di tapak seluas 30 ekar yang dipenuhi dengan kehijauan dan terdiri daripada kilang pembuatan dua tingkat dengan gudang bahan mentah, gudang barangan siap automatik, sebuah pusat pengedaran, Pusat Inovasi Vinda serta blok pentadbiran enam tingkat.

Hab serantau bukan sahaja akan memusatkan kepakaran dan aktiviti bernilai tinggi di Malaysia, tetapi juga menjadikan kumpulan itu berdaya saing di peringkat global melalui penggunaan teknologi dan proses automasi terkini. Kemudahan baharu itu akan menghimpunkan teknologi pemboleh pada setiap peringkat rantaian bekalan untuk meningkatkan lagi keberkesanan, meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil mengurangkan kos.

Pada masa yang sama, Vinda SEA akan meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan vendornya untuk memenuhi keperluan teknologi baharu, yang juga akan memberi manfaat kepada keseluruhan ekosistem industri kebersihan diri di negara ini.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memuji komitmen Kumpulan Vinda dalam mengukuhkan kehadiran mereka dengan Hab Serantau SEA yang baharu. YBhg. Datuk Wira Arham Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA menyatakan, “Vinda pastinya telah memanfaatkan pelbagai pemboleh pertumbuhan mereka bagi inovasi produk, peningkatan kemahiran modal insan, pengembangan pasaran dan langkah kemampanan, di samping peningkatan sokongan untuk ekosistem perindustrian Malaysia yang rancak.”

“Sebagai peneraju pasaran untuk produk kebersihan diri di Asia, Vinda kekal komited untuk menyediakan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan profesional untuk pelanggan mereka. Kapasiti produk berasaskan kertas di Malaysia itu dijangka berkembang dengan pesat dengan peningkatan hasil eksport.

Pemain industri kertas sedia ada negara telah menceburi proses pengeluaran termaju dan automasi teknologi tinggi, meluaskan jangkauan mereka lebih jauh untuk menyediakan peluang yang lebih besar dalam rantaian bekalan domestik. Penggunaan teknologi 4.0, ciri pengeluaran mesra alam, serta pemantauan dan penggunaan penyelenggaraan yang cekap pasti akan memperluaskan lagi teknik pengeluaran moden dalam rantaian nilai industri tempatan”, tambah beliau.

Su Ting Nee, Presiden Vinda Group SEA, berkata “Pelaburan lebih setengah bilion Ringgit untuk menubuhkan Hab Serantau Vinda SEA mewakili komitmen Vinda kepada Malaysia dan negeri Selangor. Dengan Hab Serantau Vinda SEA yang baharu, kami menjangkakan kapasiti pengeluaran akan meningkat sebanyak 20 peratus apabila satu lagi pembinaan tapak seluas 20 ekar siap dan beroperasi sepenuhnya.

“Pembangunan bakat tempatan diutamakan, dan kemudahan baharu itu kini menempatkan lebih 1,200 kakitangan yang terdiri daripada 99 peratus tenaga tempatan.”

Hab serantau itu akan membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan tiga kategori produk berbeza, iaitu, penjagaan bayi, kegunaan basuhan diri dan penjagaan kewanitaan. Syarikat itu juga memasarkan produk tisu, manakala jenama penjagaan diri termasuk Drypers, TENA, Libresse, Vinda Deluxe, Dr. P, Tempo, dan Tork, yang kini merupakan peneraju pasaran.

Pada 2017/2018, Vinda SEA dinamakan sebagai salah satu pelabur asing dengan pelaburan tertinggi di Selangor dan pelaburan hab serantau baharu adalah bukti komitmen berterusan syarikat dalam menjadikan Malaysia sebagai hab SEA bagi produk kebersihan.