Wabak Chikungunya Serius Namun Terkawal – Sivanesan

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Wabak chikungunya yang merebak di enam kawasan dalam daerah Tapah agak serius namun ia masih terkawal.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan berkata, ini susulan tindakan segera yang sedang diambil semua agensi terbabit dengan kerjasama penduduk setempat.

“Walaupun wabak ini serius  namun ia adalah terkawal dengan tiada kes kematian dilaporkan setakat ini,’’ katanya  kepada pemberita pada majlis penyerahan komputer dan laptop kepada pihak Klinik Kesihatan dan Pergigian Jelapang di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Mengenai status wabak Chikungunya bagi seluruh Perak, katanya, Batang Padang kawasan Kampung Baru Air Kuning dalam status hot spot bilangan kes kumulatif 21, Larut Matang Selama Pokok Assam zon 2, 12 kes, Pekan Bidor 8 kes, Taman Sri Kampar, Kampar 5 kes.

Taman Tapah 8 kes, Taman Tapah Baru 2 kes, Aston Settlement, Kampar 2 kes, Taman Daya 2 kes, Kampung Baru Kampung Pahang 3 kes Pokok Assam zon 3 (LMS) 4 kes dan KT Malim Nawar, Kampar 2 kes.