PUTRAJAYA | Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand tidak dibenarkan untuk kembali ke negara itu untuk bekerja mulai Rabu (18 Mac).
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata larangan pergerakan itu adalah sehingga 31 Mac seperti pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melaksanakan perintah kawalan pergerakan untuk mengekang penyebaran Covid-19.
“Perdana Menteri telah mengumumkannya malam tadi. Jabatan Imigresen akan melaksanakan keputusan itu.
“Bermula esok (Rabu) semua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand akan dilarang dari berulang-alik,” katanya ketika dihubungi pada hari Selasa (17 Mac).
Perintah kawalan pergerakan juga akan menyekat pergerakan dan jemaah untuk acara keagamaan, sukan, sosial dan kebudayaan.
Sementara premis awam dan perniagaan akan ditutup, Muhyiddin mengumumkan bahawa pasar raya, kedai runcit dan kedai lain yang menjual barang keperluan harian akan tetap dibuka.
Perjalanan ke luar negara untuk rakyat Malaysia akan dihadkan sementara mereka yang pulang ke negara ini mesti menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin mandatori.