YDPA Akan Memanggil Semula Semua Wakil Parti Politik

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadli Shamsuddin berkata Yang DiPertuan Agong masih tidak dapat memutuskan ahli parlimen yang mendapat sokongan majoriti dan akan memanggil semula wakil dari partiĀ² politik.

Sementara itu, Agong juga memperkenankan keputusan speaker Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin depan seperti yang diminta oleh Perdana Menteri interim, Tun Mahathir Mohamad.

Speaker Mohamad Ariff Md Yusof berkata surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri interim ituĀ tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tidak disusuli dengan pemberitahuan usul yang lengkap.

Semalam, Mahathir mengumumkan parlimen akan bersidang pada 2 Mac selepas Yang di-Pertuan Agong mendapati tiada seorang pun pemimpin yang mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan.