KUALA LUMPUR | Khazanah Nasional Bhd membuat laporan polis berhubung kebocoran keseluruhan kertas lembaga mengenai Malaysia Airlines Bhd (MAB) semalam, lapor The Edge Market.
Sumber mengatakan ini bukan kebocoran maklumat kepada media yang lazimnya tidak melibatkan maklumat terperinci itu. Nampaknya seluruh kertas sulit lembaga mengenai pelbagai pilihan yang dipertimbangkan untuk penerbangan negara yang bermasalah itu diberikan kepada portal berita yang menerbitkannya dalam satu siri artikel awal minggu ini.
Butiran utama maklumat yang bocor itu adalah mengenai penggabungan Malaysia Airlines dengan AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd.
Sumber mengatakan hanya segelintir orang yang mempunyai akses kepada dokumen itu kerana cadangan tersebut dianggap sangat sulit.
Khazanah bimbang kebocoran kertas lembaga yang mengandungi maklumat terperinci dan sulit akan menjadikannya sukar untuk melakukan transaksi masa depan dengan pihak ketiga. Keutuhan prosesnya dipertaruhkan.