Sidang DUN Perak: Semua Wajib Jalani Saringan Covid-19

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Semua pihak yang akan berada di dalam Dewan Negeri Perak iaitu ADUN, Ketua-ketua atau wakil jabatan, urusetia, petugas media dan lain-lain wajib menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan memasuki Dewan yang akan bersidang pada 27 Okt ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak kali ini adalah untuk kali ke-2 untuk tahun ketiga.

Perkara itu dinyatakan oleh Speaker Dewan Negeri Perak, Dato Mohammad Zahir bin Abdul Khalid dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini.

Pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki Dewan dan pemakaian pelitup separuh muka adalah diwajibkan sepanjang persidangan berlangsung.

Kemudahan mendapatkan cecair pembasmi kuman juga akan disediakan di beberapa lokasi yang bersesuaian.

Namun, persidangan kali ini hanya akan diadakan selama sehari sahaja. Dalam tempoh masa sehari itu juga, Mohd Zaidi akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat bagi DUN Slim yang baharu.

Menurut Zahir, hanya petugas media rasmi sahaja yang dibenarkan memasuki Dewan.