Tun Tidak Janji Akan Pasti Lepaskan Jawatan Sebaik Selepas APEC

Reading Time: < 1 minute

ULASAN | Mengikuti intipati sepatah demi sepatah apa yang keluar dari mulut Tun Mahathir (Atok) semasa sidang media sebaik selesai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Jumaat yang berlarutan hingga ke awal pagi Sabtu (22 Feb), anda boleh meneliti semula perkataan-perkataan yang disebut tanpa disunting seperti berikut:

1. “Akhirnya semuanya diserah kepada saya, apa saya kata mereka akan turut”

2 “Saya telah kata peralihan akan berlaku lepas APEC. No time, no date, no nothing. Only lepas APEC.

3 “terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tak lepas … itulah kepercayaan yang ditunjuk oleh parti kepada saya. alhamdulillah!”

Selepas menyebut perkara di atas, Atok terus bercakap mengenai perancangan parti bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

Kata kunci di sini adalah perkara nombor 1 dan 3;

“semuanya diserah kepada saya, apa saya kata mereka akan turut”

“terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tak lepas”

Jadi, penyokong calon PM-8 Datuk Seri Anwar Ibrahim (Bang Non) janganlah terlebih sudu dari kuah pula.

Atok kata terpulang kepada dia. Sama ada nak serah atau pun tidak, dan apa yang Atok kata MEREKA AKAN TURUT.

Dua perkara ini melingkungi semua perkara di atas dan mencukupi antara satu sama lain, dan dua perkara ini juga menguasai perkara nombor 2.

Masa lepas APEC nanti jangan pula penyokong tegar Bang Non memandai-mandai pergi buat tekanan kepada Atok supaya letak jawatan. Ia tiada dalam persetujuan yang dicapai pada awal pagi 22 Feb. Apa yang mereka perlu buat ialah tunggu saja apa tindakan Atok, sama ada Atok mahu lepaskan jawatan ataupun tidak. Kalau Atok masih tak mahu melepaskan jawatan (mungkin Atok punyai alasan tertentu), maka semua perlu turut, jangan ada yang membantah.

Jangan ada yang lebih sudu dari kuah.