Cubaan Rompak Kedai Emas Gagal
Reading Time: < 1 minute Foto dari Facebook Diana Suzanna IPOH , 30 Ogos — Sekumpulan penjenayah melarikan diri dengan tangan kosong selepas gagal memecahkan cermin ruang pameran sebuah kedai emas di Jalan Lapangan Terbang di sini, pada pukul 1.30 tengah hari tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Anuar Othman berkata, dalam cubaan merompak itu, salah seorang daripada kumpulan itu telah masuk ke premis berkenaan dengan bersenjatakan pistol. “Suspek yang bertopeng telah melepaskan empat das tembakan ke arah dinding namun pengawal keselamatan yang berada berdekatan telah mengacukan senapang patah ke arah suspek. “Suspek yang terkejut terus melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Myvi yang sedia menunggu di luar premis dan kita percaya lebih daripada dua suspek terlibat dalam kes ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. Katanya, tiada pelanggan ketikaartikel penuh