Semasa (Page 62)

Reading Time: < 1 minute KUALA LUMPUR (Bernama) – Pasukan respon Malaysia di semua pintu masuk antarabangsa dan kemudahan kesihatan di seluruh negara terutamanya Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah diberi amaran tinggi berikutan wabak koronavirus novel di Wuhan, China. Dalam hantaran Facebooknya, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkataartikel penuh

Reading Time: 2 minutes KUALA LUMPUR | Sekitar 4,000 murid miskin dan miskin tegar di 100 sekolah rendah di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada Program Penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan (PPRMT) yang bermula hari ini, lapor Bernama. Program ini merupakan tambahan kepada Program Makanan Tambahan (RMT) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran (KPM) di sekolahartikel penuh

Reading Time: 2 minutes DAMANSARA, 20 Jan – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Amin Shukor membidas budaya politik emosional dan tidak rasional yang diamalkan oleh penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan). Jelas beliau, tindakan penyokong Warisan menyerang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu adalah satu tindakan yang biadap danartikel penuh

Reading Time: < 1 minute KOTA KINABALU (Bernama) | Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan sebarang penglibatan dalam insiden yang melibatkan ahli exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam. Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua berkata parti itu tidak mengetahui kejadian itu sehinggaartikel penuh

Reading Time: 2 minutes BUTTERWORTH | Kerajaan berjaya memulangkan 150 kontena mengandungi sampah plastik yang tidak diinginkan ke negara asal mereka, dengan Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat mengetuai senarai itu, lapor portal Free Malaysia Today.. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata ini “tidak pernah berlaku” keranaartikel penuh

Reading Time: < 1 minute KUANTAN (Bernama) | Jabatan Imigresen Malaysia Pahang menahan 54 warga asing dari pelbagai negara dalam serbuan di sebuah taman tema popular di pusat peranginan Genting Highlands hari ini. Pengarahnya Muhammad Hatta Kassim berkata mereka yang termasuk 13 wanita ditahan pada operasi yang dijalankan selama hampir empat jam bermula 3 petangartikel penuh

Reading Time: 2 minutes LANGKAWI | Malaysia sedang berada di landasan dalam mengaplikasi teknologi 5G secara komersial pada suku ketiga tahun 2020, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata ini adalah permulaan yang ketara dalam perjalanan negara ke arah mengukuhkan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan mapan dan berkongsi kemakmuran negara dengan rakyat.artikel penuh

Reading Time: 2 minutes LANGKAWI (Bernama) | Semua loji pembentungan dan rawatan kumbahan di negara ini dijangka beralih menggunakan teknologi baharu yang lebih efisien, murah dan bersih dalam merawat air kumbahan jika projek rintis teknologi itu di Langkawi menunjukkan keberkesanan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata teknologi ´Advanced Moving Bed Bio-Reactor´ (AMBBR) kiniartikel penuh

Reading Time: 2 minutes BUTTERWORTH | Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata ia tiada masalah bagi kerajaan menghapuskan tol jika tidak kerana skandal 1MDB. Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menjual PLUS kepada syarikat swasta dan ia akan kekal dipegang oleh Khazanah, yang memiliki 51% melalui UEM Group, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yangartikel penuh

Reading Time: < 1 minute Pemimpin PKR sealiran dengan Zuraida Kamaruddin menyelar pihak yang mendakwa bahawa Zuraida tidak mendapat sokongan akar umbi, dengan menyatakan bahawa empat pemimpin lain dalam parti itu gagal memenangi jawatan yang dipertandingkan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha juga berkata orang seperti Johari Abdul, Fuziah Salleh, Syed Ibrahim dan Farhash Wafa Salvadorartikel penuh